Saturday 3 September 2011

Hati Ini...

Dia..

bilakah dia akan hadir dalam hidupku??
nape gelora ini semakin memuncak??
sabarlah wahai diri...

jgn ikutkan hawa nafsu semata-mata..
kerana Allah bg kita akal untuk berfikir..
hati untuk mentafsir dan Allah sebagai rujukan..

ku harap..
semoga dia yg Allah tetapkan untukku..
adalah pilihan terbaik..
aku akan menanti dia...




Friday 2 September 2011

Jodoh dan Takdir


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

~~MISK